poster bw2

‘Luka Itu Perlu’ is a 10 minute documentary slated to be released online on the 10th January 2013. It is a behind-the-scenes look into the song and video ‘Dikalung Kasihan’ by Imran Ajmain.

The video features the making of the video and the song from the first day right til the release, directed and edited by Nasrullah Napi with an opening montage of Imran reciting a translated poem from the 18th century done by young architect undergrad, Muhammad Ridhwan bin Nordin. The poster was also done by him. Look out for your tweets to Imran within the video!

‘Luka Itu Perlu’ is a line from the song ‘Dikalung Kasihan’. Get the MP3 HERE.

whiTV3

Yesterday’s episode of “Wanita Hari Ini” that features Imran Ajmain as a guest is now online and available for public viewing at TonTon, TV3’s official catch-up television portal. On the woman’s daily talk show, Imran was asked about why he hasn’t come up with an album/single since 2009 and was asked to advise ‘upcoming and aspiring artistes out there’ on sustainability. You may watch the episode HERE. (Account required)

Thank you to the crew from TV3 Sri Pentas.

28 DEC 2012
Imran Ajmain Tak Risau Album Tak Dapat Sambutan
RIDHATUL RIZKI SAYUTI

imranGUA

Imran Ajmain tidak risau sekiranya album ketiga yang bakal dipasarkan pada tahun hadapan tidak mendapat sambutan kerana dia percaya setiap penyanyi harus menggunakan pendekatan yang dilakukan oleh artis indie.

“Artis Malaysia terlalu risau sekiranya album tidak mendapat sambutan. Saya percaya sebagai penyanyi kita harus mengadakan konsert jelajah atau kita akan ‘mati di radio’,” katanya.

Imran akan memulakan tahun 2013 dengan konsert jelajah di kolej dan universiti seluruh Malaysia bermula dari Johor Bharu hingga ke Langkawi pada setiap hujung minggu.

“Konsert jelajah yang bakal bermula dari bulan Januari hingga April ini bertujuan untuk mempromosikan album ketiga saya yang turut memuatkan single terbaru “Dikalung Kasihan”, kata Imran.

Dalam pada itu, Imran yang bernaung di bawah pengurusan Fazley Internasional Productions Sdn Bhd (FIPRO) dengan kerjasama Life Records telah melancarkan single dan MTV Karaoke Dikalung Kasihan yang telah diadakan di pusat karaoke Redbox semalam.

Menurut Imran, lagu ciptaan Azlan Abu Hassan yang ditulis oleh B. Azhar ini berkisar tentang perasaan cinta yang berlandaskan rasa kasihan terhadap seseorang.

“Saya ingin lari dari tema yang biasa dalam lagu-lagu Melayu seperti mencintai, meninggalkan dan ditinggalkan. Saya mendapat inspirasi untuk menulis tentang lagu ini setelah saya membaca novel ‘Atonement’ tulisan Ian McEwan. Setelah itu saya menceritakan inspirasi ini kepada penulis lirik dan inilah hasilnya”, kata Imran.

Setelah kejayaan lagu “Seribu Tahun” sebagai MTV Karaoke paling kerap dimainkan oleh pengunjung Redbox, Imran berharap lagu Dikalung Kasihan juga mampu menjadi pilihan peminat.

“Lagu ini mempunyai maksud yang mendalam. Saya berharap ramai yang akan menyanyikan lagu ini di pusat karaoke seperti Redbox,” kata Imran.

Sumber: Gua.com.my

29 Disember 2012
Imran Ajmain sedar kemampuan vokal

WARTAWAN SINAR HARIAN

sinar

Kehadiran penyanyi dari Singapura ini ternyata diterima baik di sini.

Berbekalkan suara jantannya, Imran Ajmain, 31, berjaya memikat hati pendengar dengan lagu popular, Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang.

Seakan-akan sinonim dengan rentak balada, Imran terus menghasilkan lagu sebegitu untuk album ketiganya, yang akan dipasarkan Mac tahun depan. Malah, single terbarunya, Dikalung Kasihan juga mempunyai nuansa yang sama.

Menurut Imran, dia selesa menyanyikan lagu balada kerana dilihat lebih bersesuaian dengan vokalnya yang berada pada tahap sederhana.

“Saya tidak memiliki vokal tinggi seperti penyanyi lain.

“Oleh itu, saya lebih gemar menyanyikan lagu balada yang bernada rendah seperti single sebelum ini,” katanya.Dalam memilih lagu yang sesuai, pemilik nama penuh Imran Ahmad Husaini Ajmain ini mendedahkan, dia juga mengamalkan tiga formula bagi memastikan lagu nyanyiannya menjadi siulan ramai.

“Rahsianya ialah melodi mestilah mudah diingati, tempoh seminit sebelum korus yang menarik perhatian dan kekerapan menyanyikannya sehingga melekat di ingatan.

“Saya bersyukur kerana dengan formula ini, lagu saya mendapat perhatian pendengar,” katanya.

Arah klip video

Dalam pada itu, Imran turut berkongsi kegembiraannya dengan sambutan luar biasa terhadap lagu Dikalung Kasihan yang kini semakin kerap diputarkan di corong radio.

“Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Azlan Abu Hassan yang mencipta lagu ini.

“Peminat memberikan maklum balas yang positif dan saya menganggapnya sebagai petanda baik untuk kembali aktif menyanyi,” katanya yang menyepi seketika daripada dunia nyanyian selama beberapa tahun.

Malah, Imran juga telah melancarkan klip video lagu tersebut yang tercetus hasil ideanya sendiri.

“Klip video ini istimewa kerana saya sendiri yang mengarahkannya bersama dengan Nasrullah Napi.

“Kami menjalani penggambaran selama tiga minggu di sekitar Kedah dan Pahang. Boleh dikatakan, saya berpuas hati dengan hasilnya,” katanya.

Menurut Imran, klip video mempunyai kelainan kerana mendapat inspirasi daripada novel dan filem popular, Atonement.

“Kali ini, saya lari daripada kebiasaan apabila tidak memaparkan percintaan yang indah.

“Sebaliknya, saya mengetengahkan konsep belas kasihan seperti yang diceritakan dalam liriknya,” katanya yang akan muncul dengan single kedua, Intan dan Perak, tidak lama lagi.

A brand new heart-wrenching family drama titled ‘Debunga Lalang’ debuts today on TV3 (Astro 103) in the Azalea slot at 4pm. It is produced by Asia Media Content and directed by Azma Yusoof. The drama uses Imran’s ‘Dikalung Kasihan’ as one of its soundtracks. It stars Noor Khiriah, Ku Frida, Zul Ariffin and Wan Sharmila amongst others.

Azma Yusoof was the co-director for Ghaz Abu Bakar for Imran Ajmain’s “Seribu Tahun” music video in 2007.

Thank you to Asia Media Content and TV3.

Di Kalung Kasihan sentuh emosi
Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my

394782_10151014595682706_1235021736_n

LUNAK suara yang dimiliki Imran Ajmain ketika menyanyi lagu balada pasti membuatkan ramai wanita cair mendengarnya.

Tidak hairanlah jika ada peminat wanita secara terbuka mengakui tersentuh emosi dan mengalir air mata tatkala mendengar single terbaru beliau bertajuk Di Kalung Kasihan.

Single terbabit adalah antara lagu baru bakal dimuatkan untuk album ketiga penyanyi Singapura berusia 31 tahun itu yang akan berada dalam pasaran sekitar Mac ini. Setakat ini, Imran sudah siap merakamkan empat daripada lapan lagu baru yang akan dimuatkan dalam album itu.

“Tajuk album saya itu belum ada dan masih mencari yang sesuai. Apapun, single bertajuk Di Kalung Kasihan memang berbeza daripada lagu dua album pertama yang berkonsep R&B dan lagu lama.

“Lagu Di Kalung Kasihan adalah berkonsep balada dengan kekuatan lenggok Melayu. Dengan mendapat sentuhan komposer idola saya, Azlan Abu Hassan dengan lirik oleh B Azhar, saya yakin lagu ini mampu menjadi lagu balada yang disukai.

“Biasanya saya menulis lagu sendiri, tetapi kali ini saya menyanyikan lagu ciptaan orang lain. Buat peminat, saya menjanjikan lagu itu diberi suntikan melodi mudah diingat dengan korus tidak sampai satu minit dan paling penting, senang untuk meresap atau diingati jika kerap dinyanyikan.

“Malah, lagu itu juga sesuai dengan tahap vokal saya yang ‘middle register’ kerana saya tidak mampu tarik suara tinggi-tinggi,” katanya pada majlis pelancaran single dan MTV karaoke Di Kalung Kasihan di Red Box, The Gardens, Mid Valley City, Rabu lalu.

Imran kini bernaung di bawah pengurusan Fazley Internasional Productions Sdn Bhd (Fipro) dengan kerjasama Life Records sebagai pengedar.

Video rasmi lagu Di Kalung Kasihan dirakam di Gunung Keriang, Kedah, Tanah Tinggi Genting dan Singapura bersama pengarah muda, Nasrullah Napi dan turut menandakan kerjasama sulung antara Imran dan Azlan.

Sekalipun tajuk asal lagu itu ditolak Azlan kerana bunyinya pelik, namun Imran yakin karya itu sesuai dengan tema untuk lagu terbabit.

“Saya menggunakan rumusan yang sama terhadap beberapa lagu yang diminati ramai sebelum ini seperti Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang dan akhirnya dapat diterima.

“Dengan lagu ini dan album bakal menyusul tidak lama lagi juga, saya juga bercadang menjayakan persembahan kerana tidak mahu lagu sekadar berkumandang di radio,” katanya.

Imran juga memiliki minat mendalam terhadap bacaan.

“Buku menjadi satu inspirasi terutamanya biografi, sejarah dan motivasi untuk meneroka erti kehidupan manusia. Ada buku bacaan menjadi pendorong dan memberi semangat seperti mana saya mendapat semangat untuk membuat muzik video ini yang berbeza kerana ia berkisar mengenai rasa kasihan.

“Kita perlu mencari dan terus mencari kerana perasaan ada dalam diri manusia unik dan berkait dengan manusia lain. Inspirasi berkarya sejak beberapa tahun lalu banyak datang daripada bapa yang pernah bekerjasama dengan ramai penyanyi termasuk Othman Hamzah dan Azean Irdawaty yang hebat dengan cara mereka tersendiri,” katanya.

Kelahiran single Di Kalung Kasihan hadir selepas tiga tahun menyepi diri. Kali terakhir Imran berada di corong radio menerusi lagu Radio bersama Diana Danielle dan Nabil pada 2009.

Sumber: Harian Metro
Gambar: @Duratulain

DKK-WHI (400x400)-1

Imran guest appears to sing on Wanita Hari Ini on TV3 (Astro 103) tomorrow, 2nd January 2013, to promote the new single “Dikalung Kasihan”. The song is also the theme soundtrack for TV3’s ‘Debunga Lalang’ directed by Azma Yusoof for Asia Media Content which, coincidentally, debuts tomorrow as well on the same channel, at 4pm in the Azalea slot.

You may purchase the ‘Dikalung Kasihan’ MP3 on iTunes HERE.

GuaTV

Imran Ajmain is interviewed by Intan Liyana from GuaTV in “Sana Sini GuaTV” and it is featured exclusively on TonTon. Imran speaks to Intan about the new single, why it has taken him so long, and how ‘Dikalung Kasihan’ will fair against Imran’s biggest hit, ‘Seribu Tahun’. You will require login ID and password (sign-up is free) to watch TonTon and might only available in Malaysia. You may watch it HERE.

Thank you to Miya Zainal from Gua.

Source: Gua.com.my / TonTon.com.my

 

Samsung Galaxy Note II

Get the ringbacktone if you’re in Malaysia or Singapore and get a chance to be called by Imran Ajmain himself and win a Samsung Galaxy Note II from Life Records. Get the ringtone codes within the ‘Dikalung Kasihan’ video HERE, and leave your name and number in the private message section of Imran’s Facebook page HERE. Good luck.

Contest ends 31st January 2012.

Jumaat Disember 28, 2012
Imran Ajmain Kekal Genre Balada Kerana Vokal
Teks oleh Kheme Rosly – khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Faizal Mustafa Photography

murai

KUALA LUMPUR, 28 DIS 2012: Walaupun trend muzik tempatan mahupun antarabangsa kini dilihat menjurus ke arah muzik rancak serta indie yang terus mendapat perhatian umum namun Imran Ajmain, 31, tetap mahu terus memperjuangkan genre muzik balada yang menjadi pilihannya semenjak menceburi dunia nyanyian.

Penyanyi serta komposer kelahiran Singapura ini tidak pernah merasakan perkara tersebut menjadi kekangan buatnya untuk tampil dengan genre muzik yang sama bagi album ketiga-nya yang bakal beradadi pasaran sekitar Mac 2013.

Bernaung di bawah syarikat rakaman Life Records, Imran kini diuruskan oleh Syarikat FIPRO yang juga milik Dato’ Dr Fazley. Kelmarin telah berlangsungnya majlis pelancaran single terbaru Imran yang berjudul Dikalung Kasihan beserta MTV Karaoke di Red Box The Gardens Mall, Midvalley.

“Genre muzik balada sesuai dengan vokal saya yang tidak terlalu tinggi tetapi mempunyai tone suara rendah yang jelas. Antara sebab lain adalah kerana cara nyanyian saya dipengaruhi lenggok lagu-lagu Melayu asli.

“Lagi pula semenjak kecil saya sering mendengar lagu-lagu asli tetapi bila meningkat dewasa saya lebih meminati lagu bergenre R&B. Jadi gabungan minat dan kebolehan suara membuatkan saya memilih balada sebagai genre untuk saya berkarya,”jelasnya yang selesa untuk terus mempertaruhkan lagu-lagu bergenre sebegini.

Melihat kepada percaturan penyanyi di zaman kini, mereka lebih yakin untuk menghasilkan single daripada album penuh kerana bimbang kurang mendapat sambutan daripada peminat. Namun, Imran mempunyai sebabnya tersendiri mengapa dia berani untuk tampil dengan album penuh.

“Untuk menghasilkan sesebuah album, ia perlu mempunyai idea dan konsep serta mesej yang ingin disampaikan melalui album tersebut. Daripada konsep dan mesej barulah lagu akan dipilih untuk dimuatkan di dalam album.

“Bagi saya sebuah album itu harus mempunyai kesinambungan dalam setiap lagu yang terkandung didalamnya. Apa yang ingin saya jelaskan , jika saya hasilkan single dan bila sampai ketika, semua single dikumpul dan dijadikan album, ia seperti tiada sebarang mesej yang mampu disampaikan dalam album.

“Sekadar lagu-lagu popular digabung membentuk sebuah album kompilasi, namun tiada kesinambungan malah sebarang konsep. Biar bekerja dengan komposer berlainan tidak menjadi masalah kerana kesinambungan boleh diwujudkan ketika susunan dibuat,”ujar Imran yang mempunyai cara tersendiri dalam berkarya.

Antara aktiviti lain yang bakal dijalankan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang ini adalah dengan mengadakan siri jelajah ke kolej dan pusat-pusat pengajian sebagai cara dia cuba mempromosikan lagu-lagu bergenre balada daripada album terbarunya itu bermula Januari ini.

Sumber: Murai.com.my

Kemaskini oleh Rifaee pada December 27, 2012

Imran Ajmain Kongsi Rahsia Lagunya Diminati Ramai

Imran Ajmain Kongsi Rahsia Lagunya Diminati Ramai

Imran Ajmain bukan lagi nama kecil dalam bidang seni suara tanah air. Penyanyi yang berasal dari Singapura ini tidak pernah jemu berkarya dan suaranya masih memikat halwa telinga dengan lunak suara yang merdu.

Bertempat di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur, Imran Ajmain telah melancarkan ‘single’ dan  muzik video karaoke terbarunya berjudul “Dikalung Kasihan”. Ia merupakan single pertama dari album ketiga nyanyian dan terbitan Imran Ajmain, dan telah dicipta oleh penggubah tersohor tanah air, Azlan Abu Hassan dan B.Azhar.

Lagu ini telah pun diperdengarkan di dalam telefilem “Senandung Cinta Semalam” di Slot Cerekarama. Jelas Imran selepas lagu itu diperdengarkan, dia mendapat maklum balas yang positif daripada peminat dan boleh dikatakan ramai yang menyukainya.

“Album kali ini agak berbeza kerana ia memuatkan lagu-lagu yang digubah oleh komposer lain seperti Azlan Abu Hassan dan Altimet, saya cuma menyampaikan sahaja,” ulas Imran.

Menurutnya lagi muzik video ini, hasil idea dan kreativitinya bersama pengarah muda Nasrullah Napi.

Antara lokasi dalam pengambaran video muzik ini adalah sekitar Alor Setar, Jitra, Genting Highland dan Singapura. Semuanya dirangkumkan menjadi satu video muzik yang menarik dan bedasarkan penceritaan yang ingin disampakannya.

“Sumber ilham video muzik ini adalah berdasarkan novel dan filem “Atonement” yang menceritakan percintaan berdasarkan belas kasihan. Saya mahu mencari kelainan kerana selalunya kalau lirik dan video muzik melibat kan percintaan mesti disebabkan cinta yang indah atau sebaliknya, tetapi kali ini melibatkan belas kasihan,” tambah Imran lagi.

Imran berkata, lagu-lagu balada seperti “Seribu Tahun” dan “Selamat Ulang Tahun Sayang” sebelum ini menjadi siulan ramai kerana formula khas yang diamalkannya dalam penghasilan lagu-lagu.

“Saya berpegang kepada tiga rahsia dalam menghasilkan lagu yang berkesan  iaitu melodinya mesti mudah diingati, tempoh satu minit sebelum korus harus menarik perhatian dan kekerapan menyanyikannya lagu sehingga ia melekat dalam fikiran pendengar,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama Imran Ajmain sempat beramah mesra bersama ahli kelab peminatnya iaitu Imtiaz sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka sepanjang bergelar anak seni selama ini.

Bagi yang gemar berkaraoke jangan lupa untuk ke Red Box untuk mendapatkan muzik video karaoke “Dikalung Kasihan”.

Sumber: Ohbulan.com

DKK (600x400)

The “Dikalung Kasihan” music video will debut in Singapore tomorrow (Friday) 5 minutes before Berita on Suria Channel. It can be watched in Johor and in the Riau Islands, Indonesia. The music video features upcoming actress Ainon Talib who was recently seen in “Munah & Hirzi: Action” on Suria. Please use the hashtag #DikalungKasihan on Twitter or Instagram if you’re tuning in.

Thank you to the Programming and Marketing team from MediaCorp, Singapore.

 

Khamis Disember 27, 2012
Imran Ajmain Kekalkan Genre Balada Kerana Lenggok Kemelayuan
Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)

 

Imran Ajmain Kekalkan Genre Balada Kerana Lenggok Kemelayuan

Imran Ajmain Kekalkan Genre Balada Kerana Lenggok Kemelayuan

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Imran Ajmain berkata kekuatan lenggok suara kemelayuan yang dimilikinya menjadi faktor utama dia mengekalkan lagu balada sebagai pertaruhan terbaharu.

Pemilik nama penuh Ahmad Imran Ajmain, 31, ini berkata, kelebihan itu membuatkan dia berasa selesa untuk terus menghasilkan genre itu pada album ketiganya yang bakal dipasarkan pada Mac 2013.

“Saya selesa menyanyikan lagu genre balada. Julat vokal saya pada tahap sederhana dan tidak boleh tarik tinggi-tinggi seperti sesetengah penyanyi.

“Kebetulan pula, saya mempunyai lenggok Melayu yang baik. Untuk kekalkan lenggok itu, balada adalah caranya,” katanya kepada mStar Online.

Penyanyi berasal dari Singapura itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu dan muzik video terbaharunya berjudul Di Kalung Kasihan di RedBox The Gardens, di sini, petang Rabu.

Bagaimanapun, Imran berkata, sentuhan balada pada album ketiganya nanti adalah berbeza dan lebih matang.

“Kalau menerusi album pertama, muzik saya dipengaruhi hip hop dan R&B manakala album kedua, saya bereksperimen dengan elemen lagu-lagu lama.

“Bagi album ketiga nanti, ia akan sepenuhnya mengikut haluan genre balada yang matang dan berbeza,” katanya yang sudah merakamkan empat daripada lapan lagu untuk album ketiganya.

Imran berkata, lagu-lagu balada seperti Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayangsebelum ini diterima ramai kerana formula khas yang diamalkannya dalam mencipta lagu.

“Dari dulu saya berpegang kepada tiga rahsia dalam menghasilkan lagu yang berkesan.

“Melodinya mesti mudah diingati, tempoh satu minit sebelum korus harus menarik perhatian dan kekerapan menyanyikannya sehingga ia melekat dalam fikiran,” katanya.

Muzik video arahannya bersama pengarah muda Nasrullah Napi itu dirakamkan di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah dan Genting Highlands, Pahang selama tiga minggu.

Ia diterbitkan syarikat produksi Fipro dan diedarkan Life Records.

imtiaz logoIn 2006, a group of people who consistently supported Imran Ajmain’s performances were given a nickname “Imtiaz”. It has now grown to span Singapore, Malaysia and Indonesia. In 2012, Imran officiated the group of supporters to become an official fan club. The logo above was designed by one of them named Nani Ilyani.

Imtiaz meets frequently within the year. To be a part of the experience, you may email to imtiaz@imranajmain.com administered by the fans themselves. You will be required to send your Full Name, Twitter Username, Facebook URL, Instagram Username, Home Address, Mobile Number or just copy the following and paste it in your email.

Full Name:
Twitter:
Facebook URL: (Link, not name)
Instagram:
Home Address:
Date of Birth:
Favourite Colour:
Mobile Number:

Send to imtiaz@imranajmain.com

You will receive news on Imran’s appearances, advance opportunities for show tickets, albums and merchandise.

Imtiaz now has a home online where fans gather information about Imran’s appearances and music and share them with everyone.

Twitter: @OfficialImtiaz
Username: @OfficialImtiaz
Facebook: fb.com/OfficialImranAjmain

You may also follow all the Imtiaz members on twitter.com/ImranAjmain/imtiaz

Attention: There is a registration fee. Once you’ve sent your email, you will receive an email regarding how to make this payment and what the payment entitles you to. Payments can be made via CIMBClicks or MayBank2u in Malaysia or POSB/DBS transfers in Singapore. All communications must come from emails that end with @imranajmain.com. Please also check the authenticity of the accounts that you communicate with on your social media networks.

Pada tahun 2006, sekumpulan penggemar muzik Imran Ajmain diberi nama “Imtiaz”. Kini, kumpulan ini telah berkembang sayap dari Singapura, ke Malaysia dan Indonesia. Pada tahun 2012, Imran merasmikan kumpulan ini sebagai ‘fan club’ rasmi. Logo diatas ini direka oleh seorang daripada mereka iaitu Nani Ilyani.

Imtiaz kerap bertemu dalam setahun. Untuk bersama menjalinkan sirratulrahmi dengan penggemar Imran Ajmain, boleh email kepada imtiaz@imranajmain.com yang dikendalikan peminatnya sendiri. Anda perlu menghantar Nama Sebenar, Nama Akaun Twitter, URL Akaun Twitter, Nama Akaun Instagram, Alamat Rumah, dan Nombor Telefon Bimbit atau ‘copy ‘ butir-butir dibawah ini dan ‘paste‘ ke dalam emel. Kriteria utama untuk mengambil bahagian dalam Imtiaz adalah anda perlu ada akaun Facebook.

Nama Sebenar:
Twitter:
Facebook URL: (Link, bukan nama)
Instagram:
Alamat Rumah:
Tarikh Lahir:
Warna Kegemaran:
Telefon Bimbit:

Hantar kepada imtiaz@imranajmain.com

Anda akan menerima berita tentang kemunculan Imran, peluang untuk mendapatkan tiket-tiket persembahan, album dan merchandise terlebih dahulu.

Imtiaz kini mempunyai akaun sosial sendiri dimana penggemar berkongsi berita tentang muzik dan kemunculan Imran di mana-mana.

Twitter: @OfficialImtiaz
Username: @OfficialImtiaz
Facebook: fb.com/OfficialImranAjmain

Perhatian: Ada bayaran pendaftaran yang dikenakan. Anda akan menerima emel setelah menghantar emel pendaftaran, dan akan dikhabarkan bagaiman dan berapa yang perlu dibayar. Ganjaran-ganjarannya juga akan dimaklumakan dalam email. Bayaran boleh dilakukan melalui CIMBClicks atau MayBank2u untuk Malaysia dan DBS/POSB transfer di Singapura. Email yang sah dan sahih hanya berakhir dengan @imranajmain.com. Mohon periksa keaslian akaun-akaun yang anda berhubung bersama di network media sosial.

Sabtu Disember 08, 2012
Pelengkap Hidup Imran Ajmain
Oleh Khairul / Djohan (gambar)

SELEBRITI

Penyanyi kelahiran Singapura yang yang popular di Malaysia iaitu Imran Ajmain memilih membaca sebagai salah satu aktiviti santai yang sering dilakukan sekiranya mempunyai masa terluang.

Menurut penyanyi berusia 31 tahun ini, minat membaca yang ada padanya bermula sejak kecil kerana keluarganya memang mementingkan ilmu pengetahuan sebagai pelengkap hidup.

“Sejak kecil saya memang merupakan seorang yang suka membaca. Kebanyakan bahan bacaan saya terarah kepada hasil-hasil seni dan bukannya berbentuk akademik.

“Ini kerana minat membaca saya digabungkan dengan minat yang mendalam terhadap dunia seni. Sebab itu, kebanyakan bahan bacaan saya juga merupakan bacaan dari bidang tersebut,” katanya yang kembali popular dengan single terbaru berjudul di Dikalung Kasihan.

Menurut penyanyi yang baru-baru ini mengatakan mahu berhijrah ke Malaysia secara tetap, hidupnya selama ini memang dibesarkan dengan pelbagai bahan bacaan terutama buku berkaitan syair dan pantun-pantun Melayu.

“Seingat saya, sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya sedikit berbeza berbanding pelajar lain. Kebanyakan mereka meminati lagu-lagu yang berasal dari barat seperti hip hop dan rock.

“Saya sebaliknya kerana minat saya pada waktu itu adalah pada muzik tradisional Melayu. Ini memainkan peranan besar kepada saya apabila mula bergelar penyanyi,” tambah penyanyi yang sebelum ini popular dengan lagu Seribu Tahun.

Selain sibuk dengan undangan nyanyian di seluruh negara, Imran yang juga merupakan pakar motivasi berkenaan penggunaan media sosial berkata, kini dia lebih berminat untuk membaca bahan bacaan berunsur sejarah, biografi dan juga motivasi.

Antara buku yang sering dibacanya kini kebanyakan berbentuk biografi kisah kejayaan seseorang. Ini kerana baginya, dalam usaha untuk mencapai kejayaan, tidak salah mengambil sikap belajar daripada pengalaman orang lain.

“Membaca merupakan suatu aktiviti yang sangat baik. Dan ia bertambah baik apabila bahan yang dibaca itu memberi motivasi kepada kita untuk mempertingkat keupayaan diri,” katanya yang menghabiskan kira-kira tiga atau empat buah buku setiap bulan.

Tambahnya, selain itu dia memilih untuk membaca kerana itu antara aktiviti yang sesuai dengan jadual kerjanya yang padat dengan hampir setiap minggu memenuhi undangan sama ada nyanyian mahupun ceramah motivasi.

“Selain daripada membaca pada waktu lapang, saya sering menjadikan membaca satu aktiviti sewaktu melakukan pekerjaan harian. Masa yang terluang itu biasanya tidak dapat diisi dengan melakukan perkara lain.

“Sebagai contoh, sewaktu dalam perjalanan panjang ke satu-satu lokasi, saya tidak akan lupa untuk membawa buku bukan sahaja untuk mengisi masa lapang tetapi juga mampu menambah lagi pengetahuan diri,” jelasnya turut membawa berhasrat untuk membawa ibu dan bapanya menetap di Kuala Lumpur.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121208/ke_02/Pelengkap-hidup#ixzz2GJgCwL6d
© Utusan Melayu (M) Bhd