instagram 00

Dengan bangganya, Mangkuk.MY mempersembahkan sepanjang bulan Jun 2014, sebuah siri audio podcast yang mengupaskan nilai seni disebalik lagu-lagu penyanyi, Imran Ajmain.

Siri ini diberi nama #PuisiTakBerlagu dan ia merupakan “talk show” ringkas antara Imran bersama penggiat puisi, Taufiq Azhar. Kempen ini mengalu-alukan orang ramai di Twitter untuk memberi pandangan dan tafsiran masing-masing tentang lagu-lagu Imran termasuk lagu-lagu yang pernah hit seperti, yang diantaranya “Seribu Tahun”, “Selamat Ulang Tahun Sayang”, “Jika Engkau Pergi”, dan “Dikalung Kasihan”.

Kempen 27 hari ini adalah imbasan 27 lagu-lagu Imran yang kini terdapat di segala platform mendengar muzik secara digital termasuk Spotify, KKBox, Deezer, iTunes, dan Amazon.

Artikel baharu akan diterbitkan pada setiap hari pada jam 10 malam sepanjang bulan Jun mulai esok.

Siri ini juga disokongi oleh Merpati Jingga, Radio MyUFM, dan Lagubestbest.com

Imran Ajmain

BH_20140410_IMRAN_8_1037526

 

Imran Ajmain adalah seorang penyanyi dan penggubah lagu yang mula mengukir namanya dengan single pertama “Seribu Tahun” sejak tahun 2006. Lagu-lagu nyanyian dan ciptaan Imran kerap menjadi hit dan selalu digunakan sebagai lagu tema atau soundtrack drama televisyen.

Antara lagu-lagunya yang popular termasuk “Selamat Ulang Tahun Sayang”, “Jika Engkau Pergi”, “Dikalung Kasihan” dan yang terkini “Setulus Kasih” dari album ketiganya. Imran juga seorang yang pengguna aktif laman media sosial termasuk Twitter, Facebook, Instagram and YouTube dan kerap menjadi perintis atau jurucakap kepada inisiatif kementerian yang berbentuk ilmiah atau kempen-kempen memperjuangkan seni puisi dan lagu.

http://www.mangkuk.my/siri-podcast-imran-ajmain

Be the first to comment on “Mangkuk.MY: Siri Podcast Kupasan Seni Lagu-Lagu Imran Ajmain”

Leave a Reply