PENYANYI Singapura, Imran Ajmain, akan menjadi Blogger Undangan pertama bagi laman web BeritaHarian.sg.

BH_20140410_IMRAN_8_1037526

photo by M Ridzuan Kamil

Inisiatif Blogger Undangan ini merupakan langkah untuk mengetengahkan para blogger memberikan pandangan dan pengalaman mereka mengenai isu-isu yang dekat di hati mereka menerusi laman web Berita Harian (BH) itu. Imran, pengarah seni Fazley International Productions, akan menulis blog pertamanya bagi BeritaHarian.sg tentang ‘Teknologi dalam Hiburan’. Beliau akan memperkatakan tentang tema seperti aplikasi bagi pemuzik dan penggemar muzik, dan teknologi baru dalam pembikinan dan pemasaran muzik dan filem. Beliau juga akan memberi nasihat kepada pembaca tentang media sosial.

Beliau memilih topik ini kerana amat gemari gajet dan dunia Internet. “Sebagai pemuzik, saya banyak bergantung kepada teknologi untuk membantu saya mempromosikan seni saya dan ini juga membezakan saya dari artis lain,” kata Imran. Bagi peminat setia penyanyi dan penggubah lagu Imran Ajmain, jangan ketinggalan mengikuti blognya di BeritaHarian.sg hari ini. – See more at: http://beritaharian.sg/setempat/imran-ajmain-blogger-undangan#sthash.Fzh6Msh8.dpuf

1509013_559529494136468_1632224978_n

Be the first to comment on “Blogger Undangan di BeritaHarian.sg Esok!”

Leave a Reply