Perjuangan Nicholas, Amanda & Imran
Teks: NINA FARZUIN MD SHAROM FOTO: ROSLI TALIB

imranamanda

Baik pelakon mahupun penyanyi, kedua-dua golongan ini adalah merupakan individu terpenting dalam industri hiburan, tidak kiralah di luar mahu pun dalam negara.

Sekiranya bakat dan kebolehan yang mereka miliki memenuhi cita rasa peminat, pastinya perjalanan karier seni mereka akan terus mendapat sambutan, dan begitulah sebaliknya.

Maka, tidak hairanlah ada di antara bakat-bakat baru kini tidak memerlukan masa yang lama mencipta nama untuk terus mendapat perhatian umum memandangkan kebolehan yang dimiliki mampu bersaing dengan bakat yang sedia ada.

Bagi pelakon Nicholas Saputra, setelah memiliki nama yang tersendiri, dia lebih tenang menentukan haluan karier lakonannya.

Berlainan pula dengan penyanyi Imran Ajmain dan Amanda Imani yang sehingga kini mengakui masih mentah dalam industri dan tidak pernah berputus asa membina nama di persada seni.

Untuk perkembangan selebihnya, mari kita ikuti kisah tiga selebriti ini. (Click HERE for the full story)

Imran Ajmain teruja

Setelah tiga tahun menyepi dalam industri muzik, kini penyanyi berasal dari Singapura, Imran Ajmain tampil dengan single terbarunya berjudul Dikalung Kasihan.

Mengakui teruja dapat menjalinkan kerjasama buat pertama kalinya dengan komposer Azlan Abu Hassan, Imran turut berkongsi kegembiraannya dengan sambutan luar jangkaan yang diterima melalui lagu tersebut.

“Untuk single ini, saya sendiri yang menghasilkan muzik videonya dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya yang cukup membanggakan.

“Respons dan sambutan lagu ini amat memberangsangkan dan saya rasa ini adalah satu petanda yang baik untuk saya kembali aktif dalam karier nyanyian,” katanya yang kini sering menerima tawaran persembahan.

Apabila ditanya apa yang dilakukan selama tempoh dirinya menyepi, Imran mengatakan ketika itu dia masih bergerak aktif dengan memenuhi undangan di majlis-majlis korporat dan beberapa konsert.

“Ketika itu saya mungkin tiada produk baru dan tiada cerita lain hendak dikongsi sebab itulah nama saya kurang mendapat perhatian.

“Selain daripada itu, saya juga kerap mengembara mencari ilham untuk menghasilkan lagu-lagu baru,” katanya yang popular dengan lagu, Seribu Tahun.

Bertanyakan perkembangan terbaru, Imran turut mengatakan dia kini akan menetap lebih lama di Malaysia dan sedang dalam proses menyiapkan album terbaru.

“Saya baru sahaja dapat tawaran daripada Life Record untuk menyiapkan album baru. Setakat ini baru sempat satu lagu dirakamkan iaitu Dikalung Kasihan.

“Dan lagu kedua berjudul Intan Dan Perak masih dalam proses, dijangka album ini akan siap sepenuhnya pada awal tahun 2013,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment on “Sinar Harian: Perjuangan Nicholas, Amanda & Imran”

Leave a Reply