Monthly Archives: November 2012

Imran Ajmain’s ‘Dikalung Kasihan’ Official Music Video. Watch in HD

AZ

Hiphop duo Akeem and Zul Mystroe is featured on Sinar Harian and speaks about singing with Imran Ajmain. Akeem and Zul Mystroe were individual artistes who were signed to Imran’s Beats Society from 2005 til 2007. Today they are signed with FIPRO with Imran. To find out more about Akeem and Zul Mystroe, please LIKE on Facebook: fb.com/AkeemxZulMystroe

To read the article by Siti Norshahidah Abu Bakar, click HERE.

Photo by Rosli Taib.

Source: Sinar Harian

 

Perjuangan Nicholas, Amanda & Imran
Teks: NINA FARZUIN MD SHAROM FOTO: ROSLI TALIB

imranamanda

Baik pelakon mahupun penyanyi, kedua-dua golongan ini adalah merupakan individu terpenting dalam industri hiburan, tidak kiralah di luar mahu pun dalam negara.

Sekiranya bakat dan kebolehan yang mereka miliki memenuhi cita rasa peminat, pastinya perjalanan karier seni mereka akan terus mendapat sambutan, dan begitulah sebaliknya.

Maka, tidak hairanlah ada di antara bakat-bakat baru kini tidak memerlukan masa yang lama mencipta nama untuk terus mendapat perhatian umum memandangkan kebolehan yang dimiliki mampu bersaing dengan bakat yang sedia ada.

Bagi pelakon Nicholas Saputra, setelah memiliki nama yang tersendiri, dia lebih tenang menentukan haluan karier lakonannya.

Berlainan pula dengan penyanyi Imran Ajmain dan Amanda Imani yang sehingga kini mengakui masih mentah dalam industri dan tidak pernah berputus asa membina nama di persada seni.

Untuk perkembangan selebihnya, mari kita ikuti kisah tiga selebriti ini. (Click HERE for the full story)

Imran Ajmain teruja

Setelah tiga tahun menyepi dalam industri muzik, kini penyanyi berasal dari Singapura, Imran Ajmain tampil dengan single terbarunya berjudul Dikalung Kasihan.

Mengakui teruja dapat menjalinkan kerjasama buat pertama kalinya dengan komposer Azlan Abu Hassan, Imran turut berkongsi kegembiraannya dengan sambutan luar jangkaan yang diterima melalui lagu tersebut.

“Untuk single ini, saya sendiri yang menghasilkan muzik videonya dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya yang cukup membanggakan.

“Respons dan sambutan lagu ini amat memberangsangkan dan saya rasa ini adalah satu petanda yang baik untuk saya kembali aktif dalam karier nyanyian,” katanya yang kini sering menerima tawaran persembahan.

Apabila ditanya apa yang dilakukan selama tempoh dirinya menyepi, Imran mengatakan ketika itu dia masih bergerak aktif dengan memenuhi undangan di majlis-majlis korporat dan beberapa konsert.

“Ketika itu saya mungkin tiada produk baru dan tiada cerita lain hendak dikongsi sebab itulah nama saya kurang mendapat perhatian.

“Selain daripada itu, saya juga kerap mengembara mencari ilham untuk menghasilkan lagu-lagu baru,” katanya yang popular dengan lagu, Seribu Tahun.

Bertanyakan perkembangan terbaru, Imran turut mengatakan dia kini akan menetap lebih lama di Malaysia dan sedang dalam proses menyiapkan album terbaru.

“Saya baru sahaja dapat tawaran daripada Life Record untuk menyiapkan album baru. Setakat ini baru sempat satu lagu dirakamkan iaitu Dikalung Kasihan.

“Dan lagu kedua berjudul Intan Dan Perak masih dalam proses, dijangka album ini akan siap sepenuhnya pada awal tahun 2013,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Sabtu November 17, 2012
Imran Ajmain Terfikir Kerjaya Mungkin Berkubur
Teks WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)
imran

KUALA LUMPUR: Penyanyi Imran Ajmain pernah terfikir kerjaya seninya sebagai penyanyi berkemungkinan tidak bertahan lama disebabkan industri hiburan yang tidak menentu sepanjang tiga tahun lalu.

Imran, 31, berkata, hal itu dirasakan apabila dia kurang mendapat bantuan stesen televisyen dan radio bagi mempromosikan lagu-lagunya ekoran persaingan sengit di kalangan penyanyi lain.

“Saya pernah dikenali ramai ketika awal kemunculan kerana tuah lagu Seribu Tahun, namun fenomena itu tidak bertahan untuk lagu-lagu seterusnya.

“Sebenarnya dalam tempoh itu saya masih aktif memenuhi pelbagai undangan nyanyian cuma tiada cerita lain hendak dikongsi. Sebab itu nama saya agak senyap,” katanya.

Penyanyi itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelima portal hiburan dan gaya hidup, Gua.com.my di Hotel Tune di sini, petang Jumaat.

Imran berkata, semangat yang mendalam terhadap bidang muzik menjadi kekuatan untuk dia terus berusaha menghasilkan lagu-lagu baru dari masa ke semasa.

“Selain muzik, saya mula mengenali dunia media sosial dengan lebih mendalam. Saya lihat medium itu memberikan banyak manfaat bagi mempromosikan hasil kerja.

“Perasaan rajuk, kecil hati atau hampa takkan membawa kita ke mana pun, apatah lagi untuk mengukuhkan semula kerjaya. Pengalaman sepanjang tiga tahun ini mengajar saya lebih berdikari dan berani,” katanya.

Justeru itu dia kini boleh menarik nafas lega apabila lagu terbaru pertaruhannya berjudul Dikalung Kasihan untuk album akan datangnya semakin mendapat perhatian umum.

“Sambutan orang ramai terhadap lagu ciptaan bersama Azlan Abu Hassan itu memberikan petanda baik untuk saya kembali aktif.

“Malah, sejak lagu itu kian popular saya menerima banyak tawaran persembahan semula. Saya anggap lagu itu ‘menjadi’ sentuhannya,” katanya.

Album terbaru Imran di bawah label Life Records itu bakal memuatkan lapan lagu. Ia dijangka berada di pasaran pada 2013.

Source: mstar.com.my
Photo: Afitz Ismail