IMG_9925

Selepas persembahan secara langsung beliau di Hard Rock Café pada 15 Julai yang lalu, penyanyi Imran Ajmain akan mengambil rehat dari kerjanya sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang.

Ujar penyanyi yang mula dikenali dengan lagu “Seribu Tahun” ini, beliau mahukan masa diluangkan bersama keluarga sepanjang bulan Ramadhan.

“Selalunya, Hari Raya adalah waktu yang sesuai untuk saya bersama keluarga kerana dapat cuti. Oleh disebabkan saya tinggal berjauhan dengan keluarga saya mahukan Raya dan juga Puasa kali ini diluangkan bersama mereka. Saya akan pastikan 2 minggu pertama Hari Raya saya pulang ke Singapura.”

Walaubagaimanapun, Imran akan pastikan dirinya sibuk dengan kerjaya selepas Hari Raya seperti mempromosikan album dan juga konsert jelajah di Universiti dan Kolej khususnya.

“Tahun ini memang saya sangat sibuk. Pada tahun lepas, saya banyak mencari bahan untuk pembikinan album baru saya namun bagi tahun ini saya sudah ada pelbagai projek setelah bernaung di bawah syarikat rakaman Life Records,” ujar beliau.

Selain daripada muzik, penyanyi yang berasal dari Singapura ini juga sedang melibatkan dirinya dalam sebuah agensi pelancongan di Singapura, iaitu Roam Holidays yang mana syarikat tersebut akan menawarkan promosi pakej Ramadhan untuk mereka yang ingin melancong dari Singapura ke Malaysia dan Malaysia ke Singapura.

Source: http://www.tupai.com.my/2012/07/imran-ajmain-nak-bercuti-dari-buat.html

Be the first to comment on “Tupai: Imran Ajmain berehat dari buat persembahan”

Leave a Reply