Monthly Archives: July 2012

Showcase ImranAjmain

 

PERTAMA kali membuat persembahan di khalayak yang lebih besar, Imran Ajmain tidak menganggap dia tidak mempunyai peminat sebaliknya, mahu lebih dekat dengan pihak yang telah menyokongnya selama ini.

Showcase pertamanya dalam skala yang besar di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, Ahad lalu walaupun hanya dihadiri 200 peminatnya, Imran tetap bersyukur dan tahu ia berikutan faktor lokasi persembahannya kali ini.

Sebelum ini, Imran hanya membuat persembahan sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor di kafe dan restoran sahaja.

“Saya memang suka secara sederhana sahaja, saya tahu ramai yang tidak hadir sebab berada di negeri lain, jauh nak datang Kuala Lumpur, lebih baik begini sederhana, supaya lebih dekat dengan peminat dan kita tahu siapa yang sentiasa sokong kita,” tutur penyanyi yang berasal dari Singapura ini.

Nama Imran Ajmain, 31, yang meletup kira-kira lima tahun lalu dengan lagu Seribu Tahun, menafikan dia menyepi selama ini disebabkan tidak popular sebaliknya masih menyanyi seperti biasa dan memenuhi undangan nyanyian.

Ujar peminat tegar Twitter ini, dia tidak terlalu menonjol sejak akhir-akhir ini disebabkan sibuk menyiapkan album ketiganya kerana mahu yang terbaik untuk album berkenaan.

Showcase Imran selama dua jam itu mempersembahkan 17 buah lagu termasuk karya nyanyian artis popular lain seperti Yuna, Alif Satar, Sheila Majid, Chaka Khan, Ning Baizura, Geisha dan Taufik Batisha dengan caranya sendiri.

Tidak ketinggalan, single terbaharunya, Dikalung Kasihan yang mana buat pertama kali Imran menggunakan khidmat ciptaan dan lirik oleh pemuzik tempatan Azlan Abu Hasan dan B. Azhar.

Katanya, jika sebelum ini album yang dihasilkan hanya menggunakan produknya sendiri, untuk album ketiga ini dia mahu kaedah berbeza dengan meletakkan harapan yang tinggi terhadap lagu ciptaan Azlan.

Walaupun mempersembahkan 17 buah lagu, showcase Imran tidak membosankan kerana dia bijak dan sering berbicara dengan penonton untuk bercerita kisah-kisah peribadinya.

Membuka persembahan dengan lagu Sudah tu Sudah sebelum diikuti lagu Terukir Di Bintang dan Malu, Imran bercerita mengenai temu janji pertamanya dengan seorang gadis setelah berkenalan melalui laman sosial Friendster beberapa tahun lalu.

Sebelum menyanyikan lagi Hanya Menari pula, Imran membuka bicara lagi dengan berkongsi pengalamannya yang sudah setahun berhenti merokok.

Lebih manis lagi pada petang itu, Imran turut membuat kejutan kepada seorang kakitangan penerbangan tambang murah Firefly, Rosni Shamsudin, 42, dengan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

Sambil melutut Imran menyerahkan sepinggan kek yang terdapat lilin kepada wanita itu dan menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

Firefly selaku penaja persembahan Imran petang itu turut membuat cabutan bertuah dengan memberikan 23 tiket penerbangan ke beberapa destinasi dalam dan luar negara kepada hadirin yang datang menyaksikan showcase tersebut.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2IlpyW4Rs

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA

Hakcipta terpelihara

Source: Budiey.com

IMG_9925

Selepas persembahan secara langsung beliau di Hard Rock Café pada 15 Julai yang lalu, penyanyi Imran Ajmain akan mengambil rehat dari kerjanya sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang.

Ujar penyanyi yang mula dikenali dengan lagu “Seribu Tahun” ini, beliau mahukan masa diluangkan bersama keluarga sepanjang bulan Ramadhan.

“Selalunya, Hari Raya adalah waktu yang sesuai untuk saya bersama keluarga kerana dapat cuti. Oleh disebabkan saya tinggal berjauhan dengan keluarga saya mahukan Raya dan juga Puasa kali ini diluangkan bersama mereka. Saya akan pastikan 2 minggu pertama Hari Raya saya pulang ke Singapura.”

Walaubagaimanapun, Imran akan pastikan dirinya sibuk dengan kerjaya selepas Hari Raya seperti mempromosikan album dan juga konsert jelajah di Universiti dan Kolej khususnya.

“Tahun ini memang saya sangat sibuk. Pada tahun lepas, saya banyak mencari bahan untuk pembikinan album baru saya namun bagi tahun ini saya sudah ada pelbagai projek setelah bernaung di bawah syarikat rakaman Life Records,” ujar beliau.

Selain daripada muzik, penyanyi yang berasal dari Singapura ini juga sedang melibatkan dirinya dalam sebuah agensi pelancongan di Singapura, iaitu Roam Holidays yang mana syarikat tersebut akan menawarkan promosi pakej Ramadhan untuk mereka yang ingin melancong dari Singapura ke Malaysia dan Malaysia ke Singapura.

Source: http://www.tupai.com.my/2012/07/imran-ajmain-nak-bercuti-dari-buat.html

imran

 

KUALA LUMPUR – Pelantun lagu ‘Seribu Tahun’ dan ‘Selamat Ulang Tahun Sayang’, Imran Ajmain mengakui lebih selesa bergerak sebagai penyanyi yang melakukan persembahan secara kecil-kecilan kepada para peminatnya.

Bagi Imran, dengan melakukan persembahan kecil, dia dapat mendekati peminat-peminatnya dengan lebih dekat.

Malah, peminat-peminat kepada jejaka yang berusia 31 tahun itu juga dapat mengenali dirinya dengan lebih mendalam.

“Saya percaya, saya seorang artis yang sederhana dan saya ingin sangat kekalkan dengan show kecil-kecil. Supaya saya dapat mendekati orang ramai, mendekati penggemar-penggemar lagu saya.

“Jadi, bila mereka datang show saya, mereka dapat bertemu dengan saya dengan hanya jarak sekangkang kera dengan stage,” kata Imran ketika sidang media diadakan selepas selesai membuat persembahannya di Hard Rock Cafe di sini, semalam.

Walaupun ingin mengekalkan persembahan yang kecil, Imran tetap mempunyai cita-cita untuk memperkenalkan namanya di peringkat yang lebih tinggi dengan melakukan persembahan yang lebih besar.

Cuma, cita-cita dan keinginannya itu belum lagi ingin dilaksanakan selain mahu lebih fokus mengumpulkan bahan-bahan berkualiti dalam setiap lagunya.

“Untuk show lebih besar, saya belum tahu lagi. InshaAllah cita-cita untuk setiap artis yang ingin menjadi penyanyi yang besar dan mempunyai nama yang disanjungi, itu adalah cita-cita semula jadi setiap penyanyi. Tapi sekarang, kita buat kecil-kecil dulu,” katanya.

Bercerita mengenai perjalanan seninya, jejaka kelahiran negara Singapura itu mengakui dia senyap seketika dari dunia seni kerana gigih mengumpul bahan-bahan untuk lagunya yang baru.

Usahanya itu berbaloi kerana Imran bakal mengeluarkan ‘singlenya’ yang baru iaitu ‘Dikalung Kasihan’ hasil sentuhan dari komposer terkenal, Azlan Abu Hassan.

“Saya mungkin menyepi sejak tahun 2009 dengan lagu terakhir ‘Radio’. Jadi semenjak itu saya mencari material, cari ilham. Saya masih buat persembahan dan belum ada karya baru.

“Jadi bila bertemu dengan Azlan Abu Hassan, saya jatuh cinta dengan lagu ‘Dikalung Kasihan’. Inilah masanya untuk saya lancarkan lagu itu sebelum puasa,” kata Imran.

Semalam, Imran telah melakukan persembahan secara ‘live’ di Hard Rock Cafe di hadapan peminat-peminatnya.

Sebanyak 17 lagu telah didendangkan olehnya termasuklah 10 lagu miliknya sendiri.

Source: http://mynewshub.my/2012/07/16/imran-ajmain-kekalkan-show-kecil-dekati-peminat/

budieyHRC

 

Pernah dulu, Budiey tersentuh dengan lagu Seribu Tahun, Ghaibmu & Selamat Ulangtahun Sayang, dan kini keluar pulak dengan lagu Di Kalung Kasihan… mmm… kira boleh tahan jugak lagu ni. Penyanyi ini ternyata berbakat dan mahu mengekalkan namanya di persada seni suara, apatah lagi kini dah menghasilkan dua buah album iaitu Dengan Secara Kebetulan dan Punca & Tindakan untuk tempoh 4 tahun lalu.

Hari ini, Imran Ajmain dengan kerjasama Firefly sebagai penaja utama telah mempersembahkan Showcase Imran Ajmain Live @ Hard Rock Cafe dan serentak dengan itu telah melancarkan sebuah single terbaru berjudul Di Kalung Kasihan. Kalau korang masih ingat, Budiey pernah mengulas lirik lagu ciptaan Azlan Abu Hassan di entri INI.

Pada showcase ini, Imran telah membawakan lagunya sendiri dan juga lagu-lagu dari penyanyi lain. Antaranya, Sudah Itu Sudah, Terukir di Bintang (Yuna), Malu, Lelaki Seperti Aku (Alif Satar), Hanya Menari, Dia (Datuk Shiela Majid, Apakah Salah Beta, Selamat Ulangtahun Sayang, Radio, Through The Fire (Chaka Khan), Ku Sesali (Ning Baizura), Jika Engkau Pergi, Cinta & Benci (Geisha), Menimbang Rasa, Sesuatu Janji (Taufik Batisah), Seribu Tahun dan Di Kalung Kasihan.

Showcase yang berlangsung selama 90 minit ini turut mengundang penyanyi dan komposer muda, Keroz Nazri sebagai persembahan pembukaan showcase ini. Keroz Nazri baru-baru ini telah memenangi Pertandingan Cipta Lagu Express anjuran MACP.

Showcase ini diiringi oleh pemuzik handalan Thing One yang disertai oleh Faz Aznam yang biasanya mengiringi penyanyi Najwa Mahiaddin. Budiey difahamkan Imran Ajmain akan bikin suprise jap lagi.

Pergh! Yang penting kemunculan Imran Ajmain kali ini siap rapi dengan penampilan ditatarias oleh Truefitt & Hill di mana saloon ini akan dibuka di KL di mana butik salon ini adalah outlet pertama di Asia Tenggara. Salon ini diiktiraf oleh Guinness Book of World Records sebagai barbershop tertua di dunia.

OKaylah, nantikan gambar dan juga video sejurus selepas showcase ini berlangsung ya. Njoyz!

Sumber: Budiey.com

RM60 tickets at the door. Come at 3pm.

Imran-Ajmain-Live-1

 

Penyanyi yang berasal dari Singapura, Imran Ajmain bakal mengadakan persembahan istimewa khusus untuk peminat-peminatnya pada 15 Julai ini di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Dalam persembahan yang dijangka memakan masa selama 90 minit ini, Imran turut melancarkan single terbarunya berjudul ‘Di Kalung Kasihan’ hasil ciptaan komposer terkenal, Azlan Abu Hassan.

Selain itu, turut membuat persembahan adalah penyanyi yang sedang meningkat naik, Keroz Nazri dan dua penyanyi hip-hop dari Singapura, Akeem dan Zul Mystroe.

Tiket bernilai RM50 untuk pembelian awal dan RM60 untuk harga biasa boleh didapati di Hard Rock Cafe dan kaunter penjualan tiket Firefly seluruh negara.

Source: http://mediahiburan.karangkraf.com/memang-hot/imran-ajmain-janji-persembahan-hebat-1.65386

ervan

Malaysian designer, Ervan Azmi, is featured on his work in Sinar Harian and mentions his previous collaboration with Hafiz Suip, Akim Ahmad, Imran Ajmain and Amy Search. Ervan had dressed Imran for Konsert Alibi, and TV program, Anugerah Hitz (MediaCorp Suria, Singapore) To read the article by Aida Azura Azemi, please click HERE.

We wish Ervan Azmi all the best.

Source: Sinar Harian

Saya Menggunakannya. Kamu?

 

A personal message from Imran to Firefly’s passengers where his excitement over his showcase on 15 July 2012 at Hard Rock Café, KL is evident. Hear the message to see how you can be a part of the showcase since Firefly is giving away tickets to the show.

For further details, go to www.fireflyz.com.my