imran_131923849

Buat para peminat Imran Ajmain, berita baik menanti anda kerana beliau akan membuat persembahan secara ‘live’ di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada 15 Julai ini.
Imran Ajmain yang merupakan artis di bawah naungan Life Records telah diberi kepercayaan penuh oleh pihak Hard Rock Café dalam menjayakan persembahan. Beliau turut mendapat sokongan daripada Faz Aznam, gitaris bagi kumpulan Thing One, yang bertindak sebagai pengarah muzik bersama kumpulannya yang kerap menjadi pemuzik latar kepada Najwa Mahiaddin.
Beliau terlebih dahulu menempa nama di Singapura dengan lagu-lagu seperti ‘Sudah Itu Sudah’ dan ‘Ghaibmu’, kemudiannya mula mendapat perhatian di Malaysia menerusi lagu hit ‘Seribu Tahun’ yang sering dimainkan di corong-corong radio Malaysia.
“Showcase Imran Ajmain live @ Hard Rock Café” yang dibawakan oleh syarikat penerbangan Firefly ini bakal memperdengarkan lagu terbaru Imran Ajmain yang berjudul ‘Di Kalung Kasihan’, hasil nukilan komposer terkenal Azlan Abu Hassan.
Turut akan membuat persembahan pada showcase itu nanti adalah penyanyi baru iaitu dua anak muda dari arena muzik Hiphop, Akeem (rapper) dan Mystroe (beatboxer).
Source: http://www.tupai.com.my/2012/06/showcase-imran-ajmain-live-hard-rock.html

Be the first to comment on “Tupai: Showcase Imran Ajmain live @ Hard Rock Café Julai ini”

Leave a Reply