Teks: Imran Ajmain

Saya rasa tiada keluarga Melayu yang tidak pernah terlepas dari menjadi mangsa fitnah atau gosip. Kekadang keputusan mereka untuk membuat sesuatu akan menjadi bahan bualan orang ramai. Kita semua pun mengenali sikap orang kita yang memang suka sangat komen tentang apa sahaja. Comment, complain, critisize, and sometimes condemn.

Kalau dahulu, bila seseorang anak perempuan muda dilihat keluar dengan lelaki bukan ahli keluarga, bermulalah kata-kata keji tentang gadis tersebut. ‘Saham’ beliau boleh turun, dan menjadi ‘tak laku’ kepada calon-calon mertua. Dengan peredaran waktu, semakin ramai yang berpelajaran tinggi, jangan cakap tiada gosip, malah, makin hebat!

Dalam dunia yang mementingkan orang lebih popular seperti ahli politik dan terutama sekali, artis, memang tidak sah kalau kita tidak terdengar gosip tentang mereka. Dengan adanya lelaman forum, ramai yang bersembunyi di belakang nama samaran dan seperti ‘bergotong-royong’ untuk menghina seseorang artis. Setelah terbitnya sebuah artikel tentang teman artis saya dan desas-desus tentang penceraian, saya bersembang dengan dia tentang forum-forum tersebut. Siap ada tukang urut, jiran, dan kawan sekolah lama turut mengambil bahagian untuk memberi maklumat terkini tentang proses penceraiannya. Bukankah itu mengaibkan seseorang? Ada masa pula si tukang urut itu menaip dengan jari-jarinya yang berminyak!

Kalau anda pernah melayari sebarang klip video artis Melayu di Youtube, pasti ada komen-komen dari orang ramai menghina artis tersebut. Penghinaan tersebut kekadang ‘counter-attack’ antara peminat dan pembenci artis tersebut. Artis yang berkenaan itu pasti tidak tahu dan mungkin tidak akan terjejas pun. Jadi apa faedahnya?

Yang saya tidak mengerti, ialah orang yang berani berkata-kata ini tidak terfikirkah, sekiranya ia berlaku pada dirinya sendiri ataupun kepada anggota keluarga mereka? Apakah kepuasan seseorang itu setelah berita buruk seseorang disebarkan? Tabiat kutuk-mengutuk ini biasanya akan ‘tempias’ pada anak-anak kita dan mereka juga akan turut kutuk-mengutuk apa sahaja yang mereka tidak bersetuju. Memanglah kita semua berhak menyuarakan pendapat tetapi kalau tiada sedikit pun komen yang membina, buat apa?

Of course, saya tidak terlepas dari tomahan. Katanya, dunia artis ini memang tidak sah kalau tiada gosip atau fitnah. Kalau dah tahu macam gitu, bukankah itu isyarat terbesar untuk kami semua berubah? Ada yang kata saya sekarang sudah sombong dengan orang kampung  sendiri hanya setelah popular suam-suam kuku dengan satu lagu di seberang tambak.  (Saya ada lebih dari satu lagu ya, ladies and gentlemen!!!). Kasihan ibu saya harus melayani kata-kata orang ramai yang sampaikan khabar angin kepadanya. Sikap ‘playing God’ dan pengecut ini akan memusnahkan segala potensi untuk membangunkan apa sahaja industri, bukan sahaja dunia hiburan. Pernah dengar tak ungkapan “Macam mana Melayu nak maju?” Can we stop saying it, do our own work, excel at it, and achieve our own goals? Marilah kita betulkan diri sendiri dulu. Sekiranya artis itu ada buat salah, bukan tidak bolehlah ditegur. Tetapi perlukah sampai hina keluarga mereka, caci maki hamun mencarut di laman web, menutup periuk nasi mereka, ada yang sampai ikut jalan syirik untuk jatuhkan artis tersebut. Kadang artis itu pun TIDAK TERJEJAS PUN. Itu namanya rezeki, dan ia tidak datang dari tangan-tangan pengkritik hebat di Internet!

Saya sarankan pada orang ramai yang ingin sangat menyumbangkan kata-kata mereka tentang sesuatu, untuk menghantar emel berbahasa betul pada segmen forum di akhbar harian terpilih dengan nama sebenar dan saranan yang membina, bukan menghina. Elak dari mengambil bahagian dari sesi kutuk-mengutuk artis atau sesiapa sahaja di YouTube atau di laman forum. Bila semua orang sedunia sudah bersepakat kutuk mengutuk, tidak hairanlah si Britney jadi gila!!!

P/s: Saya tiada komen tentang artis yang suka gunakan bahasa kesat! Hehe

Five comments on “Sangat Artis #001: Mencari Salah Artis di Internet”

  • Iera Fakhira says:

    What can i say? This is the true colors of Malaysia and the whole world! Mana-mana pun tetap akan wujudnya manusia dari golongan negatif ini. Just don’t surround yourself with negative people, depressed people, those who criticizes you & gossiper. Just do whatever you wanna do and chase ur dreams! Sbb mereka takkan pernah luput. Setiap perkara ada ujian dari-Nya. Kesabaran sentiasa diberi hadiah terulung di sisi-Nya. Maka, bertahanlah! :’)

  • kakyong says:

    saya pun tak suka blogger yg suka buat post/n3 kutuk2 artis ni..
    kdg2 kata2 keji tu akan balik pada kita.. jadi harus lah selalu sedar diri…

  • hyz kelbross says:

    biasalah… lumrah manusia, tak pernah berpuas hati dengan kelebihan dan pencapaian orang lain.. padahal diri sendiri tak punya apa.. kalau di you tube tu, yang mengutuk, mengeji tuh adalah peminat-peminat fanatik yang tak boleh melihat pencapaian artis lain lebih dari artis kesayangan mereka… nak artis kesayangan mereka saja yang hebat! relaks la.. masing- masing punya rezeki kan? kita kutuk mengutuk apa yang kita dapat? padahal bangsa lain bertepuk tangan bila kita sesama melayu bergaduh hanya sebab perkara remeh… kan? >.~

  • gabot says:

    cuba cari hadis yg mengatakan kita ni haram mempopularkan diri kerana boleh menimbulkan fitnah .dah mahu dikenali ramai begitu lah kesan nyer..

  • aunty p says:

    selaku orang biasa I tak menolak those thing, memang kebanyakkan orang suka mengeji dan mengutuk kelemahan orang lain .
    but sorry to say, some of you do the same .
    expel the harsh words . tolong la, kalau bukan kami support anda semua siapa lagi ?

Leave a Reply